AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASA/ LANGKAH

ISI

STRATEGI

CATATAN

Set Induksi
( 5 minit )


Gambar taman bunga


1.   Guru menunjukkan gambar taman bunga.

2.   Murid-murid menceritakan pengalaman melawat ke taman bunga.


-pengetahuan
 sedia ada
 murid.

BBM :
-Gambar taman
 bunga.


Langkah 1
( 10 minit )


Slaid powerpoint ‘bunga’


1.   Guru memperlihatkan gambar 6 jenis bunga dan gambar bahagian bunga.

2.   Murid menamakan bunga dan bahagian bunga dengan bimbingan guru.


BBM :
-slaid powerpoint
 ‘bunga’ dan
  bahagian
  bunga.

Langkah 2
(30 minit )


Tunjuk cara dan aktiviti membuat kraf kertas tapak tangan


1.   Guru menunjukkan contoh hasil kraf kertas tapak tangan.

2.   Guru menunjukkan cara membuat kraf kertas tapak tangan.

3.     Secara berkumpulan
       (5 orang), murid-murid
       membuat kraf kertas
       tapak tangan dengan
       bimbingan guru dan
       PPM.

4.    Apresiasi hasil kerja murid.

5.   Mengemas kawasan kerja untuk aktiviti seterusnya.


Nilai:
-kerjasama,
 toleransi dan
 kebersihan.

BBM:
- contoh hasil,
  kertas warna,
  cawan kertas,
  plastesin,
  pensel,
  pembaris,
  gunting,
  pita pelekat
  foam,
  penyedut
  minuman,
  keratan majalah
  dan riben.


Langkah 3
( 10 minit )


Nyanyian lagu ‘Taman Bunga’

1.    Guru memainkan lagu ‘Taman Bunga’.

2.   Guru membimbing murid-murid menyanyi lagu ‘Taman Bunga’.

3.   Guru dan murid-murid menyanyi bersama-sama sambil melakukan pergerakan.


Nilai:
-keberanian

BBM:
-cd lagu ‘Taman
 Bunga’,pemain 
 cakera padat.

Penutup
( 5 minit )


Rumusan Isi Pembelajaran

1.   Guru bersoaljawab tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.

2.   Guru mempamerkan hasil kerja murid-murid yang cantik dan kemas.


BBM:
-contoh hasil
  dan hasil kerja
  murid.

No comments:

Post a Comment